Wednesday 16 November 2016

Penapis Udara Coway - Tuba

Tuba merupakan penapis udara Coway yang mampu menampung keluasan ruang yang luas seperti dewan makan, ruang pejabat dan ruang ibadat (meliputi keluasan 2650 sqft). Tuba amat efektif dalam membunuh bakteria dan virus dalam udara serta dapat menghilangkan bau asap rokok dan bauan binatang. Ciri-ciri lain penapis udara ini adalah; 
  • Butang pintar yang boleh mengesan dan menapis habuk walaupun dimatikan.
  • Mengesan pencemaran udara dalaman berdasarkan sebarang gas yang berbau busuk.
  • Mempunyai saluran udara yang boleh bergerak ke hadapan dan kebelakang untuk meningkatkan peredaran udara didalam kawasan rumah anda atau kawasan tertutup.
  • Mempunyai penapis anti selsema HEPA untuk membuang virus influenza yang diformulasikan oleh Pusat Kajian Ginkgo and Japanese Sumac yang berupaya untuk mematikan virus

Penapis Udara Coway Tuba ini dilengkapi dengan 5 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti-microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9% pencemaran. Lima peringkat tapisan adalah seperti berikut;
  1. Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk, rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.
  2. Medium filter: membuang unsur seperti habuk ,kuman dan debu-debu kulat.
  3. Anti microbial filter :mematikan unsur virus dan bakteria sehingga 99.9%.
  4. Deodorization filter :membuang udara busuk yang berbahaya
  5. Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok, virus berbahaya, kuman, habuk dan debu-debu halus. 

Penapis Udara Coway - Lombok II

Merupakan model penapis udara Coway paling laris dan terkini. Ianya sesuai untuk ruang  besar seperti ruang tamu (meliputi ruang 1600 sqft). Selain mampu membunuh virus dan bakteria dalam udara, ianya juga dapat menapis partikel yang halus contohnya daripada Virus H1N1 Virus Human Influenza ( bersin ) dan E.Coli dangan kadar 99.99%. Teknologi istimewa RBD Plasma Filter yang terdapat dalam Lombok II menjadikan ia berupaya membunuh kuman-kuman tersebut dengan menggunakan kuasa elektrik. Selain itu juga Lombok II dapat;

  • Menghilangkan bau asap rokok dan bauan binatang.
  • Mempunyai 6 peringkat tapisan.
  • Diadorant Filter mewangikan udara.
  • Kelompok penjana ION NEGATIF yang melancarkan perjalanan darah dalam badan.
  • Sistem Pembersihan berirama oleh kipas turbo dapat menyebarkan udara bersih ke semua tempat.
  • Berat hanya 12kg, membolehkan anda mengalihkannya ketempat tidur atau kemana-mana sahaja yang anda inginkan.




Penapis Udara Coway - Dolomities

Dolomities mepunyai reka bentuk yang menarik, moden dan cantik. Ia telah memenangi 3 pertandingan utama reka bentuk. Selain dari itu, kelebihan Dolomities ialah ia dapat menapis virus dan bakteria, khusus untuk H1N1. Ia juga mempunyai ciri yang menarik dan sangat ringan serta mudah dikendalikan amat sesuai untuk ruang tamu apartment dan bilik (meliputi keluasan 1200 sqf). 3 mod sistem kawalan bijak (AI Control).
  • Auto mode : pergerakan udara secara automatik dikawal berdasarkan tahap pencemaran udara persekitaran.
  • Power saving mode : pembersih udara akan berubah kepada mode penjimatan kuasa apabila tahap udara telah dibersihkan selama 10 minit. Menjimatkan bekalan elektrik anda dan tiada sebarang pembaziran berlaku.
  • Sleep mode : suis pembersih udara akan berubah kepada mode tidur apabila ia tidak lagi mengesan sebarang bentuk pencemaran yang mebahayakan.


Dolomities juga mempunyai 4 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti-microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9% pencemaran.
  • Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk, rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.anda kini tak perlu risau dengan alahan pada bulu haiwan tersebut.
  • Non-woven filter: membuang unsur seperti habuk, kuman dan debu-debu kulat.
  • Anti virus filter : mematikan unsur virus dan bakteria.
  • Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok,virus berbahaya, kuman, habuk dan debu-debu halus.



Saturday 12 November 2016

Testimoni Puan Zuliana Dari Shah Alam

Puan Zuliana (40) seorang ibu mempunya 2 orang anak dan bekerja sebagai planner dikilang Sony, Bangi. Sebagai ibu yang berkerjaya, Puan Zuliana mempunyai masa yang suntuk dalam menguruskan kerja-kerja rumah. Dalam masa yang sama Puan Zuliana amat menitik berat dalam isu kebersihan dalam penyedian makan untuk seisi keluarga. Beliau memilih produk Coway produk Villaem;


Puan Zuliana kini tidak perlu lagi risau untuk menjerang air di dapur dan menyimpan air di dalam peti sejuk. Penapis air 4 suhu yang membekalkan air RO. Beliau sangat berpuas hati dengan tahap pengisian semula Villaem yang cepat dan ciri ‘build-in pump’ kerana membantu proses pengisian air kerana kedudukan rumahnya yang tinggi dan bertekanan air rendah.


Kini, masalah Puan Zuliana sudah selesai.Happy-happy Coway!

Testimoni Puan Zu Dari Kajang

Puan Zu (29), seorang jururawat hospital kerajaan juga telah memilih Coway setelah mesin penapis airnya yang sedia ada sudah rosak. Syarikat penapisan terdahulu tidak menyediakan servis dan penukaran penapis secara berkala. Oleh sebab pengalamannya itu, Pn Zu, sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Coway untuk semua produknya. 



Puan Zu telah memilih produk Neo:
Neo – Penapis air yang meggunakan teknologi ‘nanotrap’ membekalkan air mineral dan dilengkapi dengan 3 suhu iaitu panas, sejuk dan suhu bilik. Puan Zu sangat berpuas hati dengan kualiti air yang disediakan dan juga tahap pengisian semula air dengan kadar yang cepat. Kini, beliau tidak lagi mengeluh untuk membeli air mineral di luar. Puan Zu juga seronok kerana bukan sahaja proses membuat air dan susu anak menjadi mudah pada setiap pagi, malah dia dapat menikmati kemudahan mensteril botol anaknya dengan mudah menggunakan air panas dari mesin Coway.
Tahniah Puan Zu kerana menjadi pengguna bijak. Happy Coway!

Testimoni Puan Shella Dari Cheras

Puan Shella (31), merupakan seorang pegawai bank di sebuah syarikat bank antarabangsa. Beliau sudah berkahwin, dan tinggal bersama suami tercinta di sebuah kondominium di Cheras. Oleh kerana sangat mementingkan kesihatan, pasangan ini telah membuat keputusan untuk menjaga sumber air minuman malah kualiti udara di rumah mereka. Pasangan ini menggunakan 2 produk Coway iaitu:

  • Villaem – Penapis air 4 suhu yang membekalkan air RO. Beliau sangat berpuas hati dengan tahap pengisian semula Villaem yang cepat dan ciri ‘build-in pump’ kerana membantu proses pengisian air kerana kedudukan rumahnya yang tinggi dan bertekanan air rendah. Shella kini tidak perlu lagi risau untuk menjerang air di dapur dan menyimpan air di dalam peti sejuk.
  • Lombok II – Penapis udara bagi memastikan udara di rumah sentiasa bebas bau hapak, habuk dan pencemaran merbahaya. Shella juga berkongsi bahawa bau ketika memasak dapat diserap dengan cepat dan tiada habuk-habuk kecil kelihatan berterbangan di udara lagi!
Terima kasih Shella kerana memilih Coway! Semoga pasangan ini dikurniakan bayi yang comel dan sihat pada bulan 1 tahun hadapan, InsyaAllah!

Penapis Air Coway - Value

Produk paling asas untuk keperluan air bertapis anda.  Produk ini menghasilkan air RO yang disimpan dalam suhu bilik. Produk paling ringkas dan berbaloi dari Coway.
  • Kapasiti water dispenser 6.5 liter.
  • Cara ambil air – tekan.
  • Table top.
  • Isian semula sangat cepat.