Wednesday 16 November 2016

Penapis Udara Coway - Tuba

Tuba merupakan penapis udara Coway yang mampu menampung keluasan ruang yang luas seperti dewan makan, ruang pejabat dan ruang ibadat (meliputi keluasan 2650 sqft). Tuba amat efektif dalam membunuh bakteria dan virus dalam udara serta dapat menghilangkan bau asap rokok dan bauan binatang. Ciri-ciri lain penapis udara ini adalah; 
  • Butang pintar yang boleh mengesan dan menapis habuk walaupun dimatikan.
  • Mengesan pencemaran udara dalaman berdasarkan sebarang gas yang berbau busuk.
  • Mempunyai saluran udara yang boleh bergerak ke hadapan dan kebelakang untuk meningkatkan peredaran udara didalam kawasan rumah anda atau kawasan tertutup.
  • Mempunyai penapis anti selsema HEPA untuk membuang virus influenza yang diformulasikan oleh Pusat Kajian Ginkgo and Japanese Sumac yang berupaya untuk mematikan virus

Penapis Udara Coway Tuba ini dilengkapi dengan 5 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti-microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9% pencemaran. Lima peringkat tapisan adalah seperti berikut;
  1. Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk, rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.
  2. Medium filter: membuang unsur seperti habuk ,kuman dan debu-debu kulat.
  3. Anti microbial filter :mematikan unsur virus dan bakteria sehingga 99.9%.
  4. Deodorization filter :membuang udara busuk yang berbahaya
  5. Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok, virus berbahaya, kuman, habuk dan debu-debu halus. 

Penapis Udara Coway - Lombok II

Merupakan model penapis udara Coway paling laris dan terkini. Ianya sesuai untuk ruang  besar seperti ruang tamu (meliputi ruang 1600 sqft). Selain mampu membunuh virus dan bakteria dalam udara, ianya juga dapat menapis partikel yang halus contohnya daripada Virus H1N1 Virus Human Influenza ( bersin ) dan E.Coli dangan kadar 99.99%. Teknologi istimewa RBD Plasma Filter yang terdapat dalam Lombok II menjadikan ia berupaya membunuh kuman-kuman tersebut dengan menggunakan kuasa elektrik. Selain itu juga Lombok II dapat;

  • Menghilangkan bau asap rokok dan bauan binatang.
  • Mempunyai 6 peringkat tapisan.
  • Diadorant Filter mewangikan udara.
  • Kelompok penjana ION NEGATIF yang melancarkan perjalanan darah dalam badan.
  • Sistem Pembersihan berirama oleh kipas turbo dapat menyebarkan udara bersih ke semua tempat.
  • Berat hanya 12kg, membolehkan anda mengalihkannya ketempat tidur atau kemana-mana sahaja yang anda inginkan.




Penapis Udara Coway - Dolomities

Dolomities mepunyai reka bentuk yang menarik, moden dan cantik. Ia telah memenangi 3 pertandingan utama reka bentuk. Selain dari itu, kelebihan Dolomities ialah ia dapat menapis virus dan bakteria, khusus untuk H1N1. Ia juga mempunyai ciri yang menarik dan sangat ringan serta mudah dikendalikan amat sesuai untuk ruang tamu apartment dan bilik (meliputi keluasan 1200 sqf). 3 mod sistem kawalan bijak (AI Control).
  • Auto mode : pergerakan udara secara automatik dikawal berdasarkan tahap pencemaran udara persekitaran.
  • Power saving mode : pembersih udara akan berubah kepada mode penjimatan kuasa apabila tahap udara telah dibersihkan selama 10 minit. Menjimatkan bekalan elektrik anda dan tiada sebarang pembaziran berlaku.
  • Sleep mode : suis pembersih udara akan berubah kepada mode tidur apabila ia tidak lagi mengesan sebarang bentuk pencemaran yang mebahayakan.


Dolomities juga mempunyai 4 lapisan pembersih udara yang ditambah dengan anti-microbial filter yang mampu menghapuskan lebih banyak jenis bakteria dan virus sehingga mengurangkan 99.9% pencemaran.
  • Pre filter : menapis partikel besar seperti habuk, rambut dan bulu. sesuai bagi anda yang membela kucing.anda kini tak perlu risau dengan alahan pada bulu haiwan tersebut.
  • Non-woven filter: membuang unsur seperti habuk, kuman dan debu-debu kulat.
  • Anti virus filter : mematikan unsur virus dan bakteria.
  • Anti flu HEPA filter : menapis asap rokok,virus berbahaya, kuman, habuk dan debu-debu halus.



Saturday 12 November 2016

Testimoni Puan Zuliana Dari Shah Alam

Puan Zuliana (40) seorang ibu mempunya 2 orang anak dan bekerja sebagai planner dikilang Sony, Bangi. Sebagai ibu yang berkerjaya, Puan Zuliana mempunyai masa yang suntuk dalam menguruskan kerja-kerja rumah. Dalam masa yang sama Puan Zuliana amat menitik berat dalam isu kebersihan dalam penyedian makan untuk seisi keluarga. Beliau memilih produk Coway produk Villaem;


Puan Zuliana kini tidak perlu lagi risau untuk menjerang air di dapur dan menyimpan air di dalam peti sejuk. Penapis air 4 suhu yang membekalkan air RO. Beliau sangat berpuas hati dengan tahap pengisian semula Villaem yang cepat dan ciri ‘build-in pump’ kerana membantu proses pengisian air kerana kedudukan rumahnya yang tinggi dan bertekanan air rendah.


Kini, masalah Puan Zuliana sudah selesai.Happy-happy Coway!

Testimoni Puan Zu Dari Kajang

Puan Zu (29), seorang jururawat hospital kerajaan juga telah memilih Coway setelah mesin penapis airnya yang sedia ada sudah rosak. Syarikat penapisan terdahulu tidak menyediakan servis dan penukaran penapis secara berkala. Oleh sebab pengalamannya itu, Pn Zu, sangat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan oleh Coway untuk semua produknya. 



Puan Zu telah memilih produk Neo:
Neo – Penapis air yang meggunakan teknologi ‘nanotrap’ membekalkan air mineral dan dilengkapi dengan 3 suhu iaitu panas, sejuk dan suhu bilik. Puan Zu sangat berpuas hati dengan kualiti air yang disediakan dan juga tahap pengisian semula air dengan kadar yang cepat. Kini, beliau tidak lagi mengeluh untuk membeli air mineral di luar. Puan Zu juga seronok kerana bukan sahaja proses membuat air dan susu anak menjadi mudah pada setiap pagi, malah dia dapat menikmati kemudahan mensteril botol anaknya dengan mudah menggunakan air panas dari mesin Coway.
Tahniah Puan Zu kerana menjadi pengguna bijak. Happy Coway!

Testimoni Puan Shella Dari Cheras

Puan Shella (31), merupakan seorang pegawai bank di sebuah syarikat bank antarabangsa. Beliau sudah berkahwin, dan tinggal bersama suami tercinta di sebuah kondominium di Cheras. Oleh kerana sangat mementingkan kesihatan, pasangan ini telah membuat keputusan untuk menjaga sumber air minuman malah kualiti udara di rumah mereka. Pasangan ini menggunakan 2 produk Coway iaitu:

  • Villaem – Penapis air 4 suhu yang membekalkan air RO. Beliau sangat berpuas hati dengan tahap pengisian semula Villaem yang cepat dan ciri ‘build-in pump’ kerana membantu proses pengisian air kerana kedudukan rumahnya yang tinggi dan bertekanan air rendah. Shella kini tidak perlu lagi risau untuk menjerang air di dapur dan menyimpan air di dalam peti sejuk.
  • Lombok II – Penapis udara bagi memastikan udara di rumah sentiasa bebas bau hapak, habuk dan pencemaran merbahaya. Shella juga berkongsi bahawa bau ketika memasak dapat diserap dengan cepat dan tiada habuk-habuk kecil kelihatan berterbangan di udara lagi!
Terima kasih Shella kerana memilih Coway! Semoga pasangan ini dikurniakan bayi yang comel dan sihat pada bulan 1 tahun hadapan, InsyaAllah!

Penapis Air Coway - Value

Produk paling asas untuk keperluan air bertapis anda.  Produk ini menghasilkan air RO yang disimpan dalam suhu bilik. Produk paling ringkas dan berbaloi dari Coway.
  • Kapasiti water dispenser 6.5 liter.
  • Cara ambil air – tekan.
  • Table top.
  • Isian semula sangat cepat.

Penapis Air Coway - Harry

Merupakan produk terbaru daripada Coway. Mempunyai sistem nanotrap pertama di Malaysia yang menghasilkan air bermineral. Harry mempunyai 3 suhu iaitu sejuk, panas dan suhu bilik. ‘Build-in pump’ adalah ciri istimewa produk ini dimana dapat mempercepakan isian semula dan sesuai untuk lokasi tekanan air rendah, Reka bentuk yang 'slim' dan tinggi(tangki 12 liter)  amat bergaya untuk dapur anda.
  • Kapasiti water dispenser 12 liter.
  • Provide 3 suhu air (panas, sejuk, room).
  • Tersedia build-in pump. Isian semula lebih cepat.
  • Cara ambil air - tekan.
  • Slim.
  • Floor standing.

Friday 11 November 2016

Penapis Air Coway - Neo

Mempunyai sistem nanotrap pertama di Malaysia yang menghasilkan air bermineral. Neo mempunyai 3 suhu iaitu sejuk, panas dan suhu bilik. Reka bentuk yang sedikit kecil (tangki 5.8 liter) amat sesuai untuk keluarga kecil anda.  Isian semula tangkinya sangat cepat dan memerlukan tekanan air normal untuk pemasangan.
  • Kapasiti water dispenser 5.8 liter.
  • Provide 3 suhu air (panas, sejuk, room).
  • Cara ambil air – tekan.
  • Table top.
  • Isian semula sangat cepat.
  • Perlu tekanan air normal utk pasang.


Penapis Air Coway - Petit

Teknologi bijak 'touch sensor' sangat elegan lagi memudahan pengguna. Hanya dengan sentuhan lembut air akan keluar dan dan berhenti secara automatik. Rekaannya yang tinggi dan "Slim" sangat sesuai untuk ruangan dapur yang terhad. Lampu tambahan pada corong mengambil air merupakan ciri istimewa membantu pennguna mengambil air pada waktu malam. Kapasiti produk ini juga agak besar iaitu 11 liter.
  • Kapasiti water dispenser 6 liter.
  • Provide 3 air (panas, sejuk, room).
  • Perlu tekanan air normal utk pasang.
  • Cara ambil air - 1 touch sensor. Sentuh sensor utk dapatkan air & air akan berhenti sendiri.
  • Lebih slim macam cpu computer.
  • Ada lampu kuning tambahan pada corong air (glow in the dark).
  • Table top.


Penapis Air Coway - Sally

Selain menyediakan air RO yang bersih, ciri yang paling menonjol untuk produk ini adalah reka bentuk tinggi, ‘slim’ dan elegan yang mana dapat menjimatkan penggunaan ruang terhad di dapur. Produk ini menyediakan 3 pilihan air iaitu panas, sejuk dan suhu bilik. ‘Build-in pump’ adalah ciri istimewa produk ini dimana dapat mempercepakan isian semula dan sesuai untuk lokasi yang bertekanan rendah.
  • Kapasiti water dispenser 11 liter
  • Provide 3 suhu air (panas, sejuk,  room)
  • Tersedia build-in pump. Isian semula lebih cepat
  • Cara ambil air – tekan
  • Slim
  • Floor standing


Penapis Air Coway - Core

Core merupakan produk yang amat sesuai untuk penggunaan ramai seperti di tempat awam, sekolah atau pejabat (tangki lebih besar – 21 liter air RO). Ciri futuristik seperti paparan LCD yang canggih dan ‘braile pad’ bagi memudahkan orang kurang penglihatan semestinya menambat hati pengguna. Produk ini menyediakan 3 pilihan suhu iaitu sejuk, panas dan suhu bilik yang dilengkapi dengan touch screen untuk pilihan panas dan sejuk. Sungguh mesra pengguna.

  • LCD display.
  • Ada Braille Sign, orang masalah penglihatan (buta) boleh tahu mana air panas/sejuk (1st in Malaysia).
  • Provide 3 suhu (panas, sejuk, room).
  • Cara ambil air – tekan.
  • Floor standing.
  • Touch screen utk on/off air panas & sejuk.


Penapis Air Coway - Villaem

Produk paling laris yang ideal dengan kapasiti besar (12 liter) sangat sesuai untuk seisi keluarga. Produk ini menghasilkan air Reverse Osmosis (RO) yang dilengkapi dengan 4 suhu (panas, sejuk, suam dan suhu bilik). ‘Build-in pump’ adalah ciri istimewa produk ini dimana dapat mempercepatkan isian semula dan sesuai untuk lokasi bekalan air bertekanan rendah. Selain itu, produk inijuga diperincikan dengan teknologi ‘child-lock’, ‘energy saving’ dan indicator yang bercahaya dalam gelap.
  • Kapasiti water dispenser 12 liter
  • Provide 4 suhu (panas, sejuk, suam, room)
  • Tersedia built in pump. Kadar isian semua lebih cepat
  • Cara ambil air - tekan
  • Jimat ruang
  • Ada lampu putih tambahan pada corong air. (Glow in the dark)
  • Table top


Penapis Air Coway - Inception

Memperkenalkan produk terbaru Coway! Produk PERTAMA di Malaysia yg menggabungkan 2 dalam 1, "alkaline water" dengan "Penapis Air nano" (mineral) pada 1 mesin. Mesin ini juga adalah produk 2 dalam 1 pertama dengan 5 pilihan suhu. Sangat sesuai untuk diet, gastrik, heart burn, nausea dan bloating, perut buncit, gout serta lain-lain penyakit kronik & penyakit yang berkaitan penghadaman & perut. Produk ini juga sesuai diminum oleh mereka yg ingin MENCEGAH penyakit kronik.


Kenapa Coway?

  1. 370 Pengkaji pakar bertaraf dunia. Penghasilan air yang bersih dan berkualiti lahir dari kesungguhan dan dedikasi 370 pengkaji pakar bertaraf dunia. Bukan satu tapi 370! Inilah faktor yang paling besar Coway dalam menambat hati 6 juta pengguna Coway di seluruh dunia.
  2. Pusat R & D terbesar di dunia. Coway mempunyai pusat penyelidikannya sendiri. Keluasan pusat penyelidikan Coway sangat besar dan wakil Coway kami sendiri telah melawat ke sana dan mengakui bahawa keluasan pusat penyelidikan tersebut menyerupai Universiti Putra Malaysia (UPM) di Malaysia.
  3. 1 juta kali ujian. Setiap produk yang dihasilkan Coway telah menjalani ujian saringan lebih dari sejuta kali untuk menjamin kualiti produk. Jadi hanya produk yang betul-betul bermutu dihasilkan untuk pengguna. Ingat, lebih sejuta kali bukan 3 kali sahaja.
  4. Teknologi hadapan. Teknologi Coway memenuhi citarasa pengguna semasa hingga 100 tahun kehadapan. Kemajuan Coway telah dibuktikan dengan 6 penapis berteknologi tingginya dalam setiap produk. Pelbagai pengiktirafan juga telah dianugerahkan kepada Coway terutamanya mesin alkali hibridnya.
  5. Reka bentuk yang memenangi anugerah. Setiap produk direka bentuk mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk kanak-kanak. Rekaan yang elegan serta futuristik amat sesuai untuk dekorasi rumah anda.
  6. Servis dari hati. Coway menyediakan servis terbaik untuk penggunanya. Wakil kami bekerja untuk anda dari hati dalam menyediakan servis Coway yang terbaik di premis anda. Penapis air dan udaranya pula, diservis setiap dua kali sebulan serta penukaran penapis berkala. Hal ini bukan saja dapat menambat hati anda malah menjamin kebersihan air dan udara disekeliling anda. Pihak Coway juga menawarkan jaminan produk yang menarik mengikut kehendak anda.

Sejauh manakah bekalan air kita selamat?

Seperti diketahui umum, syarikat konsesi air sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan bekalan air yang disalurkan kepada pengguna bersih untuk digunakan.  Akan tetapi masih banyak lagi kes-kes keracunan makanan berpunca daripada bekalan air masih lagi terjadi. Sejauh manakan kita boleh mempercayai bahawa bekalan yang dibekalkan berada ditahap yang terbaik. Hal inilah yang menjadikan kita berfikir bahawa air yang kita terima di rumah pada setiap hari sudah cukup bersih untuk terus digunakan. Masih terdapat pelbagai punca pencemaran boleh berlaku terhadap air, sebelum ianya sampai ke rumah pengguna dan antara punca-punca ialah:
  1. Tangki rumah mesra penyakit. Adakah anda ingat bila kali terakhir tangki rumah anda dicuci? Berapa kerap anda mencuci tangki anda? Sebulan sekali? Setahun sekali? Atau anda tidak pernah mencuci tangki air kerana kedudukannya yang sukar dicapai. Tangki rumah yang tidak dicuci inilah akan mengakibatkan air yang disimpan akan mudah tercemar dengan kekotoran dan kuman. 
  2. Paip lama berkarat. Tahukah anda bahawa kebanyakkan paip air yang mengalirkan air kerumah kita sebenarnya sudah lama dipasang dan berkarat? WHO telah menekankan bahawa talian paip berkarat ini boleh menambah plumbum, kuprum dan e-coli kedalam bekalan air. Kesan dari bendasing yang terlarut dari paip berkarat ini boleh menyebabkan penuaan dan lekuk. Tidak hairanlah mengapa kita dinasihatkan menggunakan air suling untuk kereta bagi mengelakkan kereta kita dicemari bahaya. Bagaimana pula kesanya terhadap kesihatan tubuh badan kita? Adakah anda sanggup diri dan keluarga anda terdedah dengan bahaya karat ini?

Thursday 10 November 2016

Sekapur Sireh



Salam sejahtera kami ucapkan ke atas pembaca semua, kami perkenalkan diri kami sebagai penjual barangan penapis berteknologi tinggi, Coway. Kami terdiri daripada kumpulan 3 orang, bergabung tenaga untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya air bersih dalam kehidupan seharian.

Umum mengetahui, kandungan badan manusia terdiri daripada 70% air. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk mengekalkan kandungan cecair didalam badan. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban bagi setiap seseorang untuk memastikan air yg memasuki badan kita datang daripada punca air yang bersih atau sisa-sisa pencemaran tersebut dinyah-ditapis bagi mengelakkan penyakit berbahaya yang boleh mengakibatkan kecelakaan.

Kita semua sedia maklum bahawa pencemaran sumber air oleh sisa-sisa industri banyak berlaku dewasa kini. Terbaru, pencemaran Sungai Langat yang merupakan takungan bekalan air penting bagi penduduk Lembah Kelang. Mengakibatkan keputusan bekalan air untuk beberapa hari disekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah negeri Selangor. Ini cukup memberi bukti bahawa punca bekalan air tidak dijamin akan tahap kebersihanya.

Akhir kata daripada kami menutup sekapur sirih ini, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Biarlah pengalaman dari sanak saudara atau sahabat handai adalah langkah paling bijak untuk dijadikan pengajaran.

..وَسَلَّم