Friday 11 November 2016

Sejauh manakah bekalan air kita selamat?

Seperti diketahui umum, syarikat konsesi air sudah melakukan yang terbaik untuk memastikan bekalan air yang disalurkan kepada pengguna bersih untuk digunakan.  Akan tetapi masih banyak lagi kes-kes keracunan makanan berpunca daripada bekalan air masih lagi terjadi. Sejauh manakan kita boleh mempercayai bahawa bekalan yang dibekalkan berada ditahap yang terbaik. Hal inilah yang menjadikan kita berfikir bahawa air yang kita terima di rumah pada setiap hari sudah cukup bersih untuk terus digunakan. Masih terdapat pelbagai punca pencemaran boleh berlaku terhadap air, sebelum ianya sampai ke rumah pengguna dan antara punca-punca ialah:
  1. Tangki rumah mesra penyakit. Adakah anda ingat bila kali terakhir tangki rumah anda dicuci? Berapa kerap anda mencuci tangki anda? Sebulan sekali? Setahun sekali? Atau anda tidak pernah mencuci tangki air kerana kedudukannya yang sukar dicapai. Tangki rumah yang tidak dicuci inilah akan mengakibatkan air yang disimpan akan mudah tercemar dengan kekotoran dan kuman. 
  2. Paip lama berkarat. Tahukah anda bahawa kebanyakkan paip air yang mengalirkan air kerumah kita sebenarnya sudah lama dipasang dan berkarat? WHO telah menekankan bahawa talian paip berkarat ini boleh menambah plumbum, kuprum dan e-coli kedalam bekalan air. Kesan dari bendasing yang terlarut dari paip berkarat ini boleh menyebabkan penuaan dan lekuk. Tidak hairanlah mengapa kita dinasihatkan menggunakan air suling untuk kereta bagi mengelakkan kereta kita dicemari bahaya. Bagaimana pula kesanya terhadap kesihatan tubuh badan kita? Adakah anda sanggup diri dan keluarga anda terdedah dengan bahaya karat ini?

No comments:

Post a Comment