Thursday 10 November 2016

Sekapur Sireh



Salam sejahtera kami ucapkan ke atas pembaca semua, kami perkenalkan diri kami sebagai penjual barangan penapis berteknologi tinggi, Coway. Kami terdiri daripada kumpulan 3 orang, bergabung tenaga untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya air bersih dalam kehidupan seharian.

Umum mengetahui, kandungan badan manusia terdiri daripada 70% air. Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk mengekalkan kandungan cecair didalam badan. Oleh itu, adalah menjadi kewajiban bagi setiap seseorang untuk memastikan air yg memasuki badan kita datang daripada punca air yang bersih atau sisa-sisa pencemaran tersebut dinyah-ditapis bagi mengelakkan penyakit berbahaya yang boleh mengakibatkan kecelakaan.

Kita semua sedia maklum bahawa pencemaran sumber air oleh sisa-sisa industri banyak berlaku dewasa kini. Terbaru, pencemaran Sungai Langat yang merupakan takungan bekalan air penting bagi penduduk Lembah Kelang. Mengakibatkan keputusan bekalan air untuk beberapa hari disekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta beberapa daerah negeri Selangor. Ini cukup memberi bukti bahawa punca bekalan air tidak dijamin akan tahap kebersihanya.

Akhir kata daripada kami menutup sekapur sirih ini, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Biarlah pengalaman dari sanak saudara atau sahabat handai adalah langkah paling bijak untuk dijadikan pengajaran.

..وَسَلَّم

No comments:

Post a Comment